Tuesday, 25 December 2012

tarikh2..

Lame jugop xupdate blog ni...huhu...arini xtau la bakpe rajin plop nk update..huhu...hahaha mesti de sesuatu yg nk dikongsikan....bukan pe nk citer sket sal tarikh ni...nmpak comel la tarikh ni...opkos la comel...tapi aku ag comel kowt..haha.....hukhuk...

12.12.12...ok x?...erm ok la kn,sekali je leh jumpe tarikh mcm ni...tarikh lain sekali gak cume tarikh 12.12.12 ni lebih nmpak unik la...sbb tu la tarikh ni gak ramai org gune tuk bt kenduri kawen...aku?...aku mane kawen ag..aku kate tu org len...huhu..de yg nikah..de yg kawen..de yg bersalin...mcm2...leh bt kenangan terindah gtu..

Tapi ni ikut kalendar omputih,ce tgk plop kalendar islam...1.2.34.....paham dop?...mksudnyer 1 safar 1434...yg ni ag lawa...tapi ramai yg xperasan tarikh ni sbb duk asyik ngn tarikh 12.12.12.....kn???...aku pun mule2 xperasan,tapi bile bukak fb,rmai lak yg post...so dh perasan la...hehehehehe....

N then,15.12.12....ag xpaham pe specialnyer....opkos la u olls xpaham,sbb ni tarikh besday my adinda...huhuh...SELAMAT HARI LAHIR ANAH....hehehe....yg ke???...ke-19...dh besar dh....hehe...xde kek,tapi makan kfc tu ok dh kn...hahaha....thanks abg sbb blanje mkn kfc tuk adik2 ye...ahhahhaha....

20.12.2012.......that means??...20122012...cantik jugak kan.....erm ok la...hahahaa.....nk bt pe?...nk kawen ag???.....yg dh kawen cukup2 la....bg kt org xkawen ag...aduyai....aku ni xkawen2 ag pe cer?....nk cari tarikh comel jgk ke?...ahhahahaa....aku tggu kewangan kukuh dulu la..hahaha...paham ek...

aku xde pe nk citer dh stkat ni..arini saje je nk penuhkan blog...penuh x?.....x penuh??..korg penuhkan la....hahahaa...ok,ujan2 ni sedap gak tdo...tapi dh petang...so..kite...main ujan...!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, 13 December 2012

cara makan yang betul..


Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya seharian. InsyaAllah kalau kita semua ikut diet Rasulullah ini, kita takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
  • Jangan makan SUSU bersama DAGING
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)
CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
*Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sukar. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek? Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).
Sabda nabi : “Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya”

Sunday, 2 December 2012

seni pantun..


Angin sepoi-sepoi bahasa,
Rasa indah dan tenang,
Sudahku pohon pada Yang Esa,
Bila awak nak datang meminang?

Pergi ke sungai memancing ikan,
Memancing ikan dengan Pak Awin,
Cukuplah Al-Quran,
Sebagai mas kahwin.

Membeli ikan dengan Cik Esah,
Balik rumah bersama-sama,
Harta darjat saya tak kisah,
Susah senang bersama-sama.

Hari ini masak ketupat,
Masak sambil berjaga-jaga,
Biar kita bahagia dunia akhirat,
Bukankah kita ingin cinta kita sampai syurga ..



#copyfromfb#

Friday, 30 November 2012

hari ini..berjiwang..

Ya Allah..
Jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikan aku keyakinan bahawa takdirku adalah lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan. 
Kau damaikan hatiku untuk menerima takdirmu kerana aku yakin  dan percaya perancanganMU yang terbaik dan TERINDAH untuk diriku...

Tuesday, 20 November 2012

Pilihanku..

Aku mencari seorang pembimbing bukan sekadar seorang suami. 
Aku mencari imam ketika solatku bukan sekadar teman di sisi. 
Aku mencari penghibur hatiku dengan kalimah2 suci al-Quran sepertimana aku menghiburkannya dengan kalimah2 suci itu. 
Aku mencari pencinta Ilahi yang mencintaiku kerana keredhaan Ilahi. 
Cinta tak cukup bahagia kalau hanya datang dengan setia tapi agama yang paling utama..

Thursday, 15 November 2012

bertuah jadi isteri...


UNTUK SEORANG ISTERI DAN BAKAL ISTERI!!!!

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”.
(Hadis Riwayat Tarmizi)
“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”…

Thursday, 18 October 2012

MeNuSuK KaLbU..

Sesuatu yg indah ingin dicoretkan di sini..tuk tatapan aku sampai bila2..sampai bila2 aku akn igt..

Aritu, aku kua mkn sate ngn si dia..kt sebuah kedai sate la..nk mentioned ke?..xyah la..sbb xtau name kedai tu pe but area bandar Kuala Terengganu gak la..opkos la,xkan nk makan sate sampai jauh berjam nk sampai kn..ponat ngat aih..

Time tu aku order air Horliks...ermm...yummy syedap syedap....
memang bg aku air horliks kt kedai tu antara yg best la..terasa kehorliksannyer..hehe..
imbuhan yg agak xbetul disini ye....huhu...

Nk dipanjangkan citer ag,tgh2 aku minum tu.........
aku cakap " erm sedapnyer air ni sampai menusuk kalbu"...
pergh ayat spontan kua dr mulut aku.....
HAHAHAHA..

Si dia pun cakap,
"kalimah tu la si dia pernah cakap kt arwah mak dia"....
si dia citer, "arwah mak dia pernah bt air untuk dia n dia pernah cakap mcm tu kt arwah mak dia"....

Si dia cakap kt aku, 
"pe yg aku cakap td same mcm die cakap kt arwah mak dia"....
so sweet...
si dia cakap "mungkin jugak kata2 aku tu tanda kami ade jodoh.."....
AMIN YA RABBAL ALAMIN
terharu jugak aku dengar....sweet kn....
bg aku memang sweet sgt2......
bkn senang nk alami sume ni...

Tuesday, 16 October 2012

hebatnya WANITA..


KATA LELAKI – WANITA ITU LEMAH

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut...

Besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan...

Kerana lembut , wanita
Tidak gemar perbalahan...

Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani... Di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat, celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... Di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah... Bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah... Bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat, menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah... Terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita...
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Monday, 15 October 2012

Cuti yg best!!!!

Cuti...memang best..teramat best...hahaha..nk cuti gak ke?...
cuti je,bt muka xbersalah...haahha..memang xbersalah pun,bukan bt jenayah...
cuti je pun..hahaha..


Mcm yg aku buat semalam la...
aku ngn muka yg tenang..epi...selambe cuti,xg praktikal..hahah...aku saje mtk cuti..
memang plan lame dh,tp tggu penyelia aku mai cni dulu..
ha,ari rabu aritu penyelia aku dr UUM dh mai,so bile pikir2,aku nk cuti ari ahad...
so semalam aku cuti la...



Aku g mane?...hahaha..aku saje je sebenarnyer mtk cuti tu..hahahha....
n bile dh tibe2 si dia balik kg....
pe ag,kua jalan2 la..
kebetulan nk bt cane,aku plan cuti bkn sbb aku tau si dia nk balik kg..
si dia balik kg senyap2 je,surprise katanyer...
ahhahaha..suke bt surprise..kn..kn..kn...
aku pun suke 'disurprisekan'..haha..



Kami g tgk wayang kt Mesra Mall kt Kemaman...
tgk citer, "Aku Terima Nikahnya"..
lakonan Adi Putra n Nora Danish..
citer 2 agak menyentuh hati aku gak la..
maybe bkn aku je tapi kepada sape2 yg dh tgk citer tu...
jalan citernyer pun ok gak la..



Tp yg spoild mood kami nk layan citer tu,org kt belakang kami...
aduyai...sabo je la...kaki tu duk tendang2 je kerusi kami..
dh la cakap bising...org tgk wayang gune mata,diorg tgk wayang gune mulut..nyampah giler aku...
tp sabo je la...
sbb kami ni memang sgt2 seorang yg PENYABAR!!!!!....



Citer tu sejam setengah je..kul 2 sampai kul 3.30...hehehe....
pastu,kami plan nk g Air Terjun Chemerong...Ya Allah,jauhyer nk masuk ke dalam....
la kiri kanan hutan je..
nmpak pokok kelapa sawit je banyak....
pelik jugak,kami xsampai2 ag..berapa jauhnyer ni?...
haha..berteka-teki la aku ngn si dia..
hahha...jln punyer jln...
aduyai,xjumpe ag..mane ni?....
memang jauh la,xtercapai dek akal...hahhaha....



Pastu,sekali tgk langit pun makin lame makin gelap......
nk ujan ni...so nk teruskan ke?...dh alang2 masuk,teruskan je la.......
aduyai xjumpe gak lagi...mane ni????....alamak,ujan dh turun...renyai2.....so??....pikir la...nk teruskan or patah balik?....
pikir punyer pikir,de la kt tepi jalan tu tulis 37KM....perghhhh.....
so the decision,kami patah balik..mane taknyer,tgk balik lam cebisan paper yg aku gunting tu, 
Air Terjun 2 jauhyer 32Km dr bandar Al Muktafi Billah Shah...
perghhhhh.......balik terus je la...hahahahahahhahaha......
dr awal xnak tgk..!!!!! 
cilap aku jugak..



So the moral of story is,next time klu nk g Air Terjun Chemerong kene g awl2...
bru syok..
.n nk pergi tu biar memang plan nk mandi2..nk mkn2..nk enjoy sume la...hehehe...
kami semalam tu nk g tgk je,dh jauh sgt mcm xberbaloi la pulak....
so next time g ok...hehehe.....

Thursday, 11 October 2012

10 Ar! Lag!....

10 days to go....yeahhhh!!!!...

Hahaha...kejap je kan..aku praktikal kt PPK Kuala Terengganu..
4bulan..now 10days to go..huhu..sape xepi yank..
ce tgk kt fb,sume pakat post sal praktikal..
pakat duk kire ari blake tuh...

Epi2 gak,cdih gak nk tinggal PPK ni..
hukhukk.4bulan duk cni..
byk kenangan ler...
dr mula sampai akhir,mcm2 rase de..manis,pahit..
tawar???..
de la sket kowt...kurang gula sbb gula dh nek harga..
hahahha...
bukan nk ckp sal gula la..~~~

Erm...best gak duk cni..kalau de meeting je,mesti de jamuan..
klu dh de jamuan......
that means,mkn free letteeww....
bt xpaham pulaksss.....
mcm xbese...i dh bese sgt dh....

Nak2 ag minggu ni..
straight meeting..
menu pun best..hahaha...
nak tau?....xjeles ke...??..
menunyer, 
Nasi Minyak, 
Nasi Dagang, 
Nasi Beriani & 
Nasi Ayam....
hebat kan....mkn je keje aku kt cni..ye la dh mkn free sape xnak...

Tp tu la,mkn free....
bile mkn xpnah nk abes...
tp kt umah pun aku mcm tu..
mkn je mesti xabeh..
nk ambek bp sket ag xtau la...huhuhu.....

Ha,pasni dh abes praktikal...
xyah bgun awl pg dh..
tdo sampai puas..
bgun2 je g tanam anggur..ahhaha....
opkos la tanam anggur..dh xde keje...ahhahahah......
penganggur terhormat......
hahhahaha.....
its ok,rezeki de la tu nanti kan...
InsyaAllah...Amin....
(*_*)




ha ni muke epi sbb dh nk abes praktikal..erm n bile dh bosan,snap own pic..nice..opsss....hahahahhaha

Wednesday, 10 October 2012

secret admire??....ADIK..

pikir sejenak....

10.10.2012....pe istimewanyer ngn tarikh ni..nmpak cantik ke?..
urm not bad la...kalau 20.12.2012 maybe nampak cantik ag kn..kn..kn..really???..
u agree with me...
ok thanks,,syg lebih la..hehe..

Bukan nk citer sal 10.10.2012 or 20.12.2012 sekarang ni..
tapi nk citer sal 09.10.2012....
nape ngn tarikh ni?..
actually semalam besday adik i..erm dh besar dh adik aku..
rase mcm sekejap je kn..
sekarang dh besar panjang,encem lak tu..hehe...serius kowt.....auuwww...

Mane xencemnyer,balik sekolah semalam,adik aku bawak balik kek..
kek kwn die bg...kwn???...
jeng3...
rahsia demi rahsia aku korek...
rupe2nyer kawan perempuan yg bg...
oppsss bukan awek adik tau,no cintan cintun time school..huhu..

Kek tu sebenarnyer  dikira sbg " secret admire " adik la yg bg..
haahhahaha..kn dh kate adik encem,ha de secret admire gtu...
secret admire adik bg kek tu time adik aku rehat..
masuk kls pas mkn,kwn2 klas gtau kt adik aku de hadiah kt atas meja..hahha
...SURPRISE!!!!!!!!!!!!!!....
hebat gak adik aku ni ek..de secret admire...
tp yg aku conpem,secret admire adik aku tu bukan same kelas ngn adik aku,bukan same umo ngn adik aku....
HAHAHHAHAHA....
ne leh gtau,rahsia...

Best gak de secret admire ni kn....
siap bg kek besday..huhu..
pasni nk bg pe lak...aduyai...
budak2 ni la...

Jom tgk kek tu...jommmmm....



sebelum terlambat..
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG...
BELAJAR RAJIN2 YE..
CAPAI CITA2 ADIK K...(*_*)


LOVE FROM ME..
KEK KUNING,BAJU I PUN KUNING U...



Monday, 1 October 2012

COMEL TP MANJA..hehe..

"COMEL tapi MANJA"...tu la kalimah yg aku xleh lupe n xkn lupe sampai bile2..
hehe....xsangka kan..kn..kn..hahahha...
sabtu bru ni,aku duk relex2 kt dpn pintu umah....
hehe..
pastu,waliq aku nk masuk dlm umah..
mase nk masuk tu la,waliq leh cakap kalimah keramat ditujukan tuk aku...
HAHAHAH...
"MAZNI NI COMEL TAPI SE JE,MANJA"...
aku bt2 xdgr..aku tanye balik..hehehe...
waliq pun cakap sekali ag..ahhahah...aku tergelak sakan...
bkn tergelak sbb lawak,tp tibe2 aku rase TERHARU sgt2...
perasaan sukar tuk digambarkan..hahahahha.....
perghhh!!!!! 
ayat memang power la..

THANKS WALIQ....MUUUUAAAAXXXXXX.......(@__@)


Sunday, 30 September 2012

Bajet 2013..


Tu dia aih,bajet 2013
ramai yg duk post2 kt fb skrg ni..mcm2 respon..mcm2 ragam..mcm2 gaya
hehe..aku yg dengar aritu pun de gak nk respon sket
org respon die pun nak..atoyai..

Aku juz nk komen,pe yg PM kite umum tentang bajet 2013 ari jumaat bru ni,arap2 bg sume rakyat epi la..
klu ssh same2 ssh,senang same2 senang..
iye idok..ye ler...
bru 1 MALAYSIA...(*_*)

Monday, 17 September 2012

Chanda Chamke Cham Cham...



Sekadar suke2 bile tahap kebosanan meningkat 199 darjah celcius...huhu....de brani??....argghhhhh!!!!!!! tension kowt.......menyanyi sorg2...hahaha....

Wednesday, 12 September 2012

UPSR..


Arini masuk ari ke-2 dak darjah 6 exam UPSR..mesti berdebar2 kn..kn..haha..aku dulu nk UPSR xde la rase berdebar sgt..tol lgsung xtipu...

Dulu kn,boleh dikatakan tiap2 ptg aku ngn kawan2 aku kua main..ntah xtau la main pe..byk sgt permainan tradisional..we all suke lepak, berjalan2 kt sklh kami..almklumla sklh sebelah umah..syoq sgt2 leteww....hehe..

We all pun suke lepak kt Masjid Terapung..suke sgt dpt lepak2 kt stu..ptg2 ngn penuh semangat berjalan ke sane..de la lam 10-15 minit if jln kaki..mase tu kan dak2 ag,nk lintas jln raya yg besar yg cuak sket tu..huhu...so lame sket la kt tepi jln tu,lmbat sket la nk sampai..heheh...kenangan~~~

Nk exam UPSR esok pun,arini sempat ag g pantai..family aku pun xlarat nk bebel..aku buat deq je..sbb time tu aku xrase takut sgt nk exam..aku pn xtau nape..nk kate ilmu penuh di dada,xjugak..ne de aku stdy..keje bt pun  sbb yg ckgu bg je..nk kate ilmu lgsung xde,aik kasar plak ayat tu...hahahha...

Aku g exam pun,ngn selambe je..org len duk stdy siang mlm terketar lutut,tp aku ni yg xbp nk stdy relex je..sbb alasannyer xtau nk stdy pe..hahaah..alasan budak2...xkn nk stdy buku teks tu dr muka depan sampai habis..hahahha....

So aku exam,ngn selambe je la...dlm hati teringin gak nk dpt 5A..tinggi cita2 tu,hahhaha..stdy malas..!!! yes,aku ngaku sgt2...

Tp,time dpt result.......aku yg terlebih berdebar..sbb aku tgk result lambat,bg org len tgk dulu..pastu duk tanye result kwn2 aku..hahahha...yg senyum sampai ke telinga tu,result ok la...yg muka seposen cdihnyer tu,result xbp nk ok la...aku mula berdebar dh..hahhahaha

ALHAMDULILLAH..tu dh rezeki aku...aku dpt 3A 1B 1C...ok la tu...aku epi ngn result aku...serius kowt aku epi...!!!! hahhahhahaha....xstdy pe2 dpt mcm tu,klu stdy conpem dpt 5A...erm....ye idop??..klu dh rezeki ALLAH nk bg cmtu,cmtu la..pe2 pun aku BERSYUKUR kepada ALLAH S.W.T...

Good Luck tuk si adik comel
Nor Syakirah Mohd Shamsuddin..
Do the best 4 ur exam!!!!!! (*_*)
AMIN..


Tuesday, 11 September 2012

Tips sihat!!!


ALLAH MAHA KAYA ! 

TIPS KESIHATAN

Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat ♥ jantung adalah di kaki kiri.

Gambar dibawah menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.
Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.

MashaALLAH ♥ Subhanallah ♥

" Ya Allah.Sinarkan lah cahaya NurMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih. Ya Allah,keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMu Ya Allah yang maha esa..amin ya rabil alamin."