Friday, 30 November 2012

hari ini..berjiwang..

Ya Allah..
Jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikan aku keyakinan bahawa takdirku adalah lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan. 
Kau damaikan hatiku untuk menerima takdirmu kerana aku yakin  dan percaya perancanganMU yang terbaik dan TERINDAH untuk diriku...

Tuesday, 20 November 2012

Pilihanku..

Aku mencari seorang pembimbing bukan sekadar seorang suami. 
Aku mencari imam ketika solatku bukan sekadar teman di sisi. 
Aku mencari penghibur hatiku dengan kalimah2 suci al-Quran sepertimana aku menghiburkannya dengan kalimah2 suci itu. 
Aku mencari pencinta Ilahi yang mencintaiku kerana keredhaan Ilahi. 
Cinta tak cukup bahagia kalau hanya datang dengan setia tapi agama yang paling utama..

Thursday, 15 November 2012

bertuah jadi isteri...


UNTUK SEORANG ISTERI DAN BAKAL ISTERI!!!!

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”.
(Hadis Riwayat Tarmizi)
“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”…