Lame jugop xupdate blog ni...huhu...arini xtau la bakpe rajin plop nk update..huhu...hahaha mesti de sesuatu yg nk dikongsikan....bukan pe nk citer sket sal tarikh ni...nmpak comel la tarikh ni...opkos la comel...tapi aku ag comel kowt..haha.....hukhuk...
12.12.12...ok x?...erm ok la kn,sekali je leh jumpe tarikh mcm ni...tarikh lain sekali gak cume tarikh 12.12.12 ni lebih nmpak unik la...sbb tu la tarikh ni gak ramai org gune tuk bt kenduri kawen...aku?...aku mane kawen ag..aku kate tu org len...huhu..de yg nikah..de yg kawen..de yg bersalin...mcm2...leh bt kenangan terindah gtu..
Tapi ni ikut kalendar omputih,ce tgk plop kalendar islam...1.2.34.....paham dop?...mksudnyer 1 safar 1434...yg ni ag lawa...tapi ramai yg xperasan tarikh ni sbb duk asyik ngn tarikh 12.12.12.....kn???...aku pun mule2 xperasan,tapi bile bukak fb,rmai lak yg post...so dh perasan la...hehehehehe....
N then,15.12.12....ag xpaham pe specialnyer....opkos la u olls xpaham,sbb ni tarikh besday my adinda...huhuh...SELAMAT HARI LAHIR ANAH....hehehe....yg ke???...ke-19...dh besar dh....hehe...xde kek,tapi makan kfc tu ok dh kn...hahaha....thanks abg sbb blanje mkn kfc tuk adik2 ye...ahhahhaha....
20.12.2012.......that means??...20122012...cantik jugak kan.....erm ok la...hahahaa.....nk bt pe?...nk kawen ag???.....yg dh kawen cukup2 la....bg kt org xkawen ag...aduyai....aku ni xkawen2 ag pe cer?....nk cari tarikh comel jgk ke?...ahhahahaa....aku tggu kewangan kukuh dulu la..hahaha...paham ek...
aku xde pe nk citer dh stkat ni..arini saje je nk penuhkan blog...penuh x?.....x penuh??..korg penuhkan la....hahahaa...ok,ujan2 ni sedap gak tdo...tapi dh petang...so..kite...main ujan...!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, 25 December 2012
Thursday, 13 December 2012
cara makan yang betul..
Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya seharian. InsyaAllah kalau kita semua ikut diet Rasulullah ini, kita takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
- Jangan makan SUSU bersama DAGING
- Jangan makan DAGING bersama IKAN
- Jangan makan IKAN bersama SUSU
- Jangan makan AYAM bersama SUSU
- Jangan makan IKAN bersama TELUR
- Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
- Jangan makan SUSU bersama CUKA
- Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)
CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
*Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sukar. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek? Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).
Sabda nabi : “Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya”
Sunday, 2 December 2012
seni pantun..
Angin sepoi-sepoi bahasa,
Rasa indah dan tenang,
Sudahku pohon pada Yang Esa,
Bila awak nak datang meminang?
Rasa indah dan tenang,
Sudahku pohon pada Yang Esa,
Bila awak nak datang meminang?
Pergi ke sungai memancing ikan,
Memancing ikan dengan Pak Awin,
Cukuplah Al-Quran,
Sebagai mas kahwin.
Memancing ikan dengan Pak Awin,
Cukuplah Al-Quran,
Sebagai mas kahwin.
Membeli ikan dengan Cik Esah,
Balik rumah bersama-sama,
Harta darjat saya tak kisah,
Susah senang bersama-sama.
Balik rumah bersama-sama,
Harta darjat saya tak kisah,
Susah senang bersama-sama.
Hari ini masak ketupat,
Masak sambil berjaga-jaga,
Biar kita bahagia dunia akhirat,
Bukankah kita ingin cinta kita sampai syurga ..
Masak sambil berjaga-jaga,
Biar kita bahagia dunia akhirat,
Bukankah kita ingin cinta kita sampai syurga ..
#copyfromfb#
Subscribe to:
Comments (Atom)