Kepadamu yang akan menjadi pendampingku
kelak…
Terima kasih kerana telah memilihku antara
ribuan bidadari di luar sana yang mungkin jauh lebih baik dan solehah
berbanding diriku.. Ketahuilah dirimu, sesungguhnya aku hanyalah wanita biasa
yang jauh daripada kesempurnaan..kerana kesempurnaan itu hanyalah milik DIA.. ?
Ketahuilah dirimu..Bahawa aku mungkin tidak
sebijak Aisyah Humaira’.. Aku mungkin berbuat salah dan adakalanya mungkin akan
menyebalkan.. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapi
diriku..nasihatilah aku dengan hikmah wahai bakal zaujku.. Ingatlah, aku takkan
selamanya dan selalunya akan kelihatan cantik di matamu..mugkin ada kalanya aku
akan kelihatan kusam dan hodoh..mungkin kerana aku terlalu sibuk di
dapur..menyediakan hidangan buat dirimu dan mujahid-mujahid cilik kita nanti..
insya ALLAH
Maka aku mungkin tampak kotor dan berbau
asap..Atau mungkin kerana aku harus mengemas istana kecil kita, agar kau dan
mujahid-mujahid kita dapat tinggal dalam keadaan yang kemas dan menenangkan..Maka
mungkin aku tidak sempat berdandan secantiknya untuk menyambutmu pulang
kepenatan dari bekerja…maafkan aku wahai zaujku… Atau mungkin kau akan melihat
diriku terlelap saat mendengar keluhan dan ceritamu..bukan kerana aku tidak
mahu mendengar celotehmu lagi..tetapi kerana semalam saat kau tertidur dengan
nyenyak..aku harus menjaga mujahid kecil kita yang terjaga sepanjang malam..dan
kerana aku tahu dirimu yang kepenatan bekerja mencari rezeki untuk kami
sepanjang hari, maka tidak sedikit aku mengusik lelapmu…dan esok pagi, andai
kau melihatku begitu kepenatan dengan lingkaran gelap di mataku, tetaplah
tersenyum padaku.. kerana kau kekuatanku wahai suamiku..
Kepadamu yang bakal menjadi nakhoda sepanjang
hidupku..Aku mungkin tidak dapat menjadi setabah Fatimah, ada kalanya kau akan
menemukanku menangis dan marah yang tak tertahan.. kerana aku hanya wanita
biasa. Ada masanya aku memerlukan tempat untuk melepaskan rasa hatiku..
melepaskan kepenatanku..dan yang aku perlukan saat itu hanyalah pelukan dan
belaianmu.. kerana kau ibarat titisan embun yang boleh memadamkan segala
resahku..
Mungkin ada kalanya aku akan mencubit dan
memukul perlahan si kecil kerana lelah dan penatku ditambah rengekannya yang
tak pernah habis.. Sungguh, tidak pernah terlintas untuk aku menyakiti
mereka..bukankah mereka “our beloved little mujahid”? Hanya terkadang aku
mungkin kehabisan cara untuk menenangkannya.. Maka aku minta janganlah kau
membentakku saat itu kerana telah menyakiti buah hati kita… cukup dengan kau
usap kepala memujukku… kerana dengan itu aku tahu kau menghargai semua yang
telah aku lakukan untuk kalian.. maka, saat itu kau akan menemuiku menangis
menyesali perlakuanku menyakiti mujahid-mujahid kecil kita.. dan aku akan
merasakan ribuan kali sakitnya dari apa yang telah aku perlakukan kepada
mereka..maafkan aku wahai suamiku..
Kepadamu yang bakal menjadi imamku sepanjang
hidupku..
Ketahuilah aku mungkin tidak sekuat Rabiatul
Adawiyah.. Maka jangan pernah jemu membangunkanku di sepertiga malam untuk
bermunajat bersamamu kepada Yang Maha Pengasih.. Jangan letih mengingatkan aku
mendulang amalan-amalan sunnah.. Jangan pernah bosan mengajari aku.. membimbing
aku ke arah-Nya… Bukankah kita telah berjanji untuk menjadikan pernikahan ini
sebagai medium yang menguatkan lagi cinta kita kepadaNya..
Kepadamu kekasih hatiku duniaku
akhiratku..Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambut yang dulunya
cantik mengurai dan lebat menghitam, mula menipis dan memutih.. Kulitku yang
halus menegang kian kendur lalu tangan yang dahulu halus menjadi kasar.. Aku
bukan lagi wanita yang telah kau khitbah dahulu, janganlah kau berpaling dariku
wahai kekasih hatiku.. kerana satu yang tidak akan pernah berubah hingga ke
akhir nafasku… cintaku buat dirimu kerana Allah… semoga aku tetap menjadi
bidadarimu lagi di syurgaNya nanti.. Sesungguhnya.. tiap hari yang
berlalu…setiap jam..minit..dan detik yang berlalu..telah aku lewati dengan
selalu mencintaimu.. kerana kau PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL..Maka,
cintailah aku dengan apa adanya pada diriku ini.. Jangan kau anggap aku wanita
sempurna. Maafkan aku kerana aku wanita biasa..
~msmswmws~
No comments:
Post a Comment